Monday, April 13, 2009

Melaka Tropical Fruit Farm


Melaka tidak ketinggalan mengutamakan industri pelancongan dalam agenda pembangunan negeri dengan meneroka lokasi dan produk-produk pelancongan baru bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Melaka bukan sahaja menjadikan lokasi menarik sebagai agenda pelancongan negeri malah ia turut berasaskan kepada sejarah, pertanian, seminar, konvensyen, kesihatan dan pelbagai lagi dalam menarik minat pelancong. Produk pelancongan baru yang ditawarkan oleh Melaka dan dirasmikan oleh Dr. Mahathir sempena lawatannya ialah Taman Buah-Buahan Tropika Melaka (MTFF) di Selandar yang mengambil konsep taman buah-buahan di Brisbane, Australia.

MTFF yang terletak di kawasan tanah hutan simpanan kerajaan seluas 152.5 hektar mulanya telah diterokai sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) pada tahun 1998. Taman itu secara rasminya dikenali sebagai MTFF sempena kunjungan Perdana Menteri pada 3 Oktober 2002 dengan konsep sebuah ladang buah-buahan tropika yang moden, komersial dan berteknologi.

Ketika ini, tanaman utama di MTFF terdiri daripada cempedak, jambu batu tanpa biji, limau madu, mengkudu, rambutan, ciku, herba tongkat ali/kayu manis, mangga Melaka delight, durian, limau kasturi, mata kucing dan limau sinzwen. Taman itu turut mengeluarkan hasil sayuran seperti bendi, cili dan terung.

Pada masa ini ia diusahakan secara kelompok oleh seramai 17 pengusaha individu dan lima pengusaha swasta dengan setiap peserta mengusahakan tanah seluas antara satu hektar hingga lapan hektar. Antara lain matlamat MTFF ialah mengeluarkan buah-buahan tropika terpilih dan sayuran bernilai tinggi yang terancang dan berterusan bagi membantu mengurangkan import bahan makanan terutamanya di negeri ini.

MTFF juga bermatlamat untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan dan usahawan menceburi bidang penanaman bahan makanan bagi meningkatkan pendapatan mereka di samping menjadikan salah satu destinasi pelancongan menarik di Melaka.

Friday, April 10, 2009

Kabinet 2009 Tahniah!!

Tahniah kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana dilantik menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan juga Datuk Joseph Salang Gandum dan Senator Heng Seai Kie sebagai Timbalan Menteri.


Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - Perpaduan & Pengurusan Prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - Perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - Hal Ehwal Islam

Timbalan-Timbalan Menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri Kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri Kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri Pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri Kerja Raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri Kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri Belia dan Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Kong Cho HaDatuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri Luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik
Raja Zainal AbidinDatuk M Saravanan (timbalan)

Thursday, April 9, 2009

Taman Lagenda Puteri Gunung Ledang


Taman Lagenda Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sesuai untuk semua golongan. Kawasan riadah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk tempat penginapan. Antara tarikan utama pusat rekreasi ini adalah sungai-sungai dan air terjunnya yang nyaman dan segar.

Di kawasan peliharaan ini, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, meredah hutan, mandi-manda, 'bird watching', seminar dan kem motivasi. Disamping menjalankan aktiviti, para pengunjung juga berkesempatan melihat pelbagai jenis dan spesis flora dan fauna antaranya orkid hutan dan periuk api hutan yang pastinya cantik dan menarik.

Gunung ini merupakan sebuah gunung lagenda. Kisah lagenda Puteri Gunung Ledang menjadi sebutan masyarakat hingga kini. Gunung ini dikawal selia oleh Taman Negara Johor Gunung Ledang/Taman Hutan Lagenda. Penjajah British pula mengelar gunung ini Mt. Ophir kerana keindahannya yang tersendiri.

TrailTrail ke puncak gunung ini ada dari Melaka dan ada dari Johor. Pendaki mempunyai beberapa pilihan trail:-


Ayer Panas Trail
Lagenda Trail
Asahan Trail
Ulu Jementah Trail
Telekom Tower Road


Ayer Panas Trail
Nama trail ini agak baru bagi pendaki tetapi trail ini yang telah lama dikenali dengan panggilan trail sagil/resort. Trail ini bermula dari kawasan G. Ledang Resort terletak di Sagil. Trail ini boleh dikatakan bersebelahan Sg. Ayer Panas yang menjadi antara daya tarikan pengunjung untuk bermandi-manda. Trail ini sebenarnya begitu banyak laluan yang akan bertemu kembali dibeberapa checkpoint. Pos Pendaftaran Taman Negara ada dipintu masuk ke kawasan rekreasi untuk pendaki melaporkan pendakian.


Kolam Puteri
Kolam ini sebahagian dari Sg. Ayer Panas yang berjeram. Keadaannya seperti kolam dan mempunyai lagenda tempat mandi si Puteri Gunung Ledang.
Sungai Akhir1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang sungai yang tenang dan berjeram sedikit. Pendaki boleh mengambil air disini sebagai bekalan untuk pendakian seterusnya yang lebih mencanak.


Kolam Anak Gajah
Seperti Kolam Puteri, kolam ini juga berada di sungai yang sama. Terdapat satu air terjun berdekatan kolam ini. Disini ada 2 trek ke Kolam Gajah. Pendaki boleh memilih samaada hendak merentas sungai dan trekking tepi air terjun atau terus tanpa lalu tepi sungai. Trek tepi air terjun ini antara laluan menarik G. Ledang.


Kolam Gajah
Satu lagi checkpoint pendaki. Kawasan ini mempunyai kolam besar dan dalam sesuai dengan namanya. Kawasan perkhemahan disini cukup besar hingga ada zon yang dinamakan Pasir Panjang dan Pulau. Lebih 300 pendaki boleh berkhemah disini.


Batu Sampan & Kem Batu Kapal
Checkpoint ini hanya akan dilalui pendaki sekiranya memilih alternatif trail ke Sg. Segitiga dari Kolam Gajah. Melalui Pasir Panjang pendaki akan jumpa seketul batu besar umpama sampan yang dikenali 'Batu Sampan'. Seterusnya pendaki akan melintas Kem Lembah Panglima kemudian akan lalu di Kem Batu Kapal. Kalau tadi batu sampan kali ini batu kapal lebih besar umpama kapal dipandang dari bahagian depan.


Sg. Segitiga
Kem Sg. Segitiga ini merupakan pertemuan 3 batang anak sungai. Kawasan ini dikatakan agak 'keras' tetapi tidaklah ditutup kem ini untuk pendaki bermalam.



Gua Kambing

Gua Kambing
1 Jam trekking dari Sg. Segitiga. Trek agak mencanak tapi agak menarik kerana pendaki melalui akar-akar kayu yang merentangi bongkah batu. Menurut lagenda, ada kambing tersesat dan masuk ke gua ini tetapi kambing tersebut tidak dijumpai didalam gua ini kerana gua ini ada satu lagi pintu keluar dihujungnya.


Batu Hampar



Batu Hampar

Kawasan dinding batu granit yang besar setinggi kira-kira 40meter ini perlu didaki menggunakan tali. Tali telah siap sedia ada disini. Dari atas Batu Hampar pendaki boleh melihat sebahagian daerah Tangkak.


Taman Bonsai
Pada ketinggian lebih 3000' dpl pendaki akan melintasi zon pokok-pokok bonsai seperti disebuah taman bonsai.


Bukit Botak
Bukit ini agak gondol dan lapang sesuai dengan jolokan yang diberi. Pemandangan dari sini dapat dilihat puncak G. Ledang. Ada sumber air berdekatan dari alur sungai. Pokok-pokok resam juga penuh disekitarnya.


Lembah Majapahit
Lembah ini ada sumber air dari anak sungai. Pendaki boleh dapat bekalan air terakhir disini. Ada laluan alternatif ke puncak gunung tanpa melalui lembah ini.



Tugu Batu Puncak Gunung Ledang



Puncak G. Ledang
Puncak ini ditandakan dengan tugu batu. Puncak ini terdedah dengan mentari dan tiupan angin. Panorama dari puncak ini memaparkan Selat Melaka, daerah Tangkak, Puncak Telekom dan Puncak G. Rundok.

Lagenda Trail
Trail ini bermula dari Taman Hutan Lagenda, Sagil. Pejabat Utama Taman Hutan Lagenda didirikan disini bagi mengelola serta mengawal jumlah pendaki. Trail dari sini ke Sg. segitiga dinamakan lagenda trail. Perjalanan dari Taman Hutan ke Kolam Gajah kira-kira 3-4 jam terkking. Bermula dengan laluan bertangga batu dinamakan Tangga Mahligai.


Bukit Semput
Pendaki akan mendaki Bkt Semput, walaupun tidak berapa mencanak, tetapi tetap memberi cabaran pada pendaki lebih-lebih lagi pendaki baru.


Batu Orkid
Checkpoint ini dinamakan sempena sebongkah batu umpama bunga orkid. Inilah checkpoint terakhir sebelum trail ini bertembung dengan Trail Ayer Panas. Pendaki boleh juga memilih alternatif melalui Laluan Kijang ke Kolam Gajah.

Asahan Trail
Ini satu-satunya trail dari Melaka bermula dari Lubuk Kedondong, Asahan. Pos Taman Hutan Lagenda ada didirikan disini bagi pendaki ke G. Ledang melaporkan pendakian. Trek Asahan Trail tidak mencanak tetapi agak panjang berbanding trek dari Sagil.





Batu Bersurat



Batu Bersurat
Kesan sejarah gunung ini masih utuh disini. Terdapat satu batu bersurat dalam tulisan jawi tidak berapa jauh dari puncak G. Ledang di Asahan Trail. Disini juga menjadi tempat berteduh dan berlindung dari mentari bagi pendaki sekiranya cuaca begitu panas di puncak.

G. Rundok
Gunung ini terletak dinegeri Melaka dan satu checkpoint di Asahan Trail. Ketinggian gunung ini sekitar 3000' jauh untuk menandingi puncak G. Ledang membuatkan nama gunung ini tidak sepopular G. Ledang.

Padang Batu
Sebuah padang diatas bongkah batu besar ini kini mempunyai sebuah pondok. Sepanjang Asahan Trail inilah tempat untuk pendaki berkhemah. AWAS berkhemah dipadang ini kerana tiupan angin boleh menerbangkan khemah. Pendaki boleh memperoleh bekalan air dan berendam di sungai berdekatan.


Hentian Hanuman
Checkpoint ini tidak ditanda dengan sebarang papan tanda. Menurut Lagenda, sang Hanuman ada berhenti disini setelah berjalan di G. Ledang. Pendaki mungkin dapat bertemu dengan monyet yang masih banyak disini. Ada beberapa checkpoint yang juga tidak mempunyai tanda yang jelas buat pendaki dari Padang Batu ke sini ialah, Batu Berlumut, Lembah Beruang dan Hentian Unggas.


Lubuk Kedondong
Kawasan rekreasi dan tempat masyarakat tempatan berkelah dihari cuti. Air sungai di jeram ini agak kering kerana diempang untuk disalurkan ke palong air. Pendaki boleh juga mandi di pintu air malah didalam palong air.


Ulu Jementah Trail
Trail ini jarang sekali dilalui. Trail ini bermula dari Kg. Ulu Jemantah dan dikatakan mengambil masa 2 hari penuh perjalanan melalui sepanjang permatang ke Puncak G. Ledang. Trail ini melalui beberapa checkpoint seperti Jeram Tinggi(CP1) dan tempat berkhemah, Air Sedap(CP2), sumber air terakhir pendaki. Airnya dari mata air dan dikatakan mempunyai rasa yang sedap. Checkpoint seterusnya ialah Puncak Jementah,CP3 (2447'), Anjung Mahligai,CP4 yang mempunyai tapak khemah dan G. Mahligai hingga ke puncak G. Ledang. G.Mahligai berdekatan puncak G. Ledang dan hanya berbongkah batu.

Telekom Tower Road
Berdekatan puncak g.Ledang ada didirikan Menara Pemancar Telekom. Jalan tar dari Empangan Tangkak ke sini dibina bagi kemudahan penyelengaraan. Pendaki boleh mengambil peluang menggunakan jalan ini. Jarak puncak G. Ledang ke menara Telekom hanya 10 minit trekking. Mudah bukan. Kebiasaannya warga tua terutama datang dengan agensi akan melalui jalan ini.

Wednesday, April 8, 2009

Bukit Batu Lebah

Hutan Lipur Bukit Lebah ini terletak dalam Hutan Simpan Bukit Senggeh yang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Kedudukan Hutan lipur ini merupakan sebahagian unjuran Banjaran Titiwangsa pada sebelah Negeri Melaka yang mempunyai geologi jenis granit. Pusat Rekreasi ini terletak di Bukit Senggeh, Selandar dimana ianya dikelolakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Kawasan ini menyediakan laluan pejalan kaki serta trek berjogging dimana dapat memberi peluang para pengunjung menikmati keindahan semulajadi kawasan tersebut.

Antara keistimewaan Bukit Batu Lebah ini dimana batu-bata diatas bukit tersebut berbentuk kapal dan guanya berbentuk kelambu. Terdapat juga banyak sarang-sarang lebah di tepi-tepi batu tersebut. Sekiranya, para pengunjung berkunjung ke sini, bolehlah menikmati keindahan sekitar Bandar Melaka dari atas puncak bukit ini dengan suasana yang tenang dan damai.

Hutan lipur ini terdapat pelbagai jenis fauna seperti berok, ungka, kongkang, lotong, burung murai, tiong, merbah kelicap, mamalia kecil, reptilia dan serangga.
Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkhemah, berkelah berehat, serta melihat hidupan liar di trek denai hutan. Antara kemudahan yang disediakan adalah pondok rehat.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri teksi dari Pekan Jasin atau Pekan Selandar.

Tuesday, April 7, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah


Sejak 6 tahun yang lepas, penduduk Melaka akan bercuti setiap 15 April untuk menyambut Perayaan Melaka Bandaraya Bersejarah. Beberapa program telah disusun sepanjang bulan ini. Antaranya adalah seperti dibawah:

09/04/2009 (7.00 MLM)
BACAAN YASIN & TAHLIL BANDARAYA BERSEJARAH DI
MASJID TUN SYED AHMAD AL-HAJ, BUKIT BERUANG

9 - 16/04/2009 (10.00 PG - 10.00 MLM)
PESTA GENDANG NUSANTARA KE-12 & JEMPUTAN ANTARABANGSA DI
MELAKA MALL TAMAN BUDAYA MAHKOTA PARADEHADAPAN TRIBUNE CAHAYA DAN BUNYIDATARAN SUNGAI MELAKA

14/04/2009
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 6 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH 2009 DAN PERSEMBAHAN PERDANA GENDANG NUSANTARA
* ARTIS JEMPUTAN : M NASIR
DI DATARAN BANDARAYA

15/04/2009 (8.00 MLM)
PERSEMBAHAN PERDANA II GENDANG NUSANTARA & JEMPUTAN ANTARABANGSA DI
DATARAN BANDARAYA

15/04/2009
KEJOHANAN GOLF BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH DI
TIARA MELAKA GOLF RESORT

16 - 17/04/2009
9TH INTERNATIONAL CONVENTION OF MELAKA TWIN CITIES -"URBAN MANAGEMENT : BUILDING A BETTER CITY TODAY AND TOMORROW" DI
HOTEL HOLIDAY INN