Monday, March 30, 2009

NAMA & SEJARAH KAMPUNG

NAMA KAMPUNG : NYALAS

Sejarah Kampung :

Mengikut cerita orang tua- tua, Nyalas telah dibuka oleh beberapa orang yang bergelar atau dikenali sebagai pawang, seperti Pawang Landas dan Tuk Gubah.Mereka dikatakan berasal dari Indonesia.

Nama Kampung Nyalas adalah lahir kerana dek banyaknya pokok Palas yang boleh digunakan untuk merata dan melicinkan kayu yang telah diukir untuk dijadikan ulu parang, pisau,keris,cangkul dll.

Nyalas dahulunya merangkumi beberapa buah kampung Seperti Kampung Gubah,Masjid Baru, Abbey, Pondok Batang, Gapis dan Mantai,Melangkan dalam satu Mukim Nyalas.

Kini Kampung Nyalas hanya mempunyai beberapa buah kampung atau solok sahaja yang terdapat didalamnya seperti solok Bukit Pelembang, Ayer Repat dan Melangkan, Kampung Baru dengan keluasan 1. 8 Kilometer persegi.

Mulai 1980 telah mula dibina rumah rumah dalam kontek sederhana murah dengan terbinanya rumah awam ( Tmn Seri Jaya ) bagi menampung permintaan penduduk penduduk yang tidak mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri.

Tahun 1995 terbina lagi sebuah taman ( kini dengan nama Taman Nyalas Permai ) juga untuk menampung permintaan yang penduduk tempat dan orang luar yang datang bekerja di Nyalas, Seterusnya terbina sebuah lagi taman yang dinamakan taman Nyalas Baru yang telah pun diduduki mulai 2004


INFO PENDUDUK

Bil. Penduduk sehingga Disember 2008 : 2,138 orang

Pecahan Bilangan Penduduk Mengikut :

Jantina

Lelaki : 1,014 orang
Wanita : 1,124 orang

Umur

60 tahun ke atas : Lelaki 73 orang / Wanita 86 orang
40 - 59 tahun : Lelaki 219 orang / Wanita 216 orang
18 - 39 tahun : Lelaki 315orang / Wanita 443 orang
13 - 17 tahun : Lelaki 139 orang / Wanita 144 orang
06 - 12 tahun : Lelaki 177 orang / Wanita 142 orang
00 - 05 tahun : Lelaki 91 orang / Wanita 93 orang

Tahap Pendidikan

Taska : Lelaki 24 orang / Wanita 28 orang
Pra Sekolah : Lelaki 32 orang / Wanita 33 orang
Tadika : Lelaki 19 orang / Wanita 21 orang
Tadika Perpaduan : Lelaki 00 orang / Wanita 00 orang
Sekolah Rendah : Lelaki 118 orang / Wanita 119 orang
Sekolah Menengah : Lelaki 83 orang / Wanita 94 orang
Kolej / Universiti : Lelaki 11 orang / Wanita 20 orang

Pekerjaan

Kerajaan : Lelaki 62 orang / Wanita 23 orang
Swasta : Lelaki 97 orang / Wanita 117 orang
NGO : Lelaki 7 orang / Wanita 2 orang
Sendiri : Lelaki 183 orang / Wanita 33 orang
Penganggur : Lelaki 43 orang / Wanita 0 orang
Lain-lain : Lelaki 68 orang / Wanita 84 orang

No comments: