Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.




SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KOMUNITI BESTARI DUN ASAHAN
Batu Hampar
Kawasan dinding batu granit yang besar setinggi kira-kira 40meter ini perlu didaki menggunakan tali. Tali telah siap sedia ada disini. Dari atas Batu Hampar pendaki boleh melihat sebahagian daerah Tangkak.
Taman Bonsai
Pada ketinggian lebih 3000' dpl pendaki akan melintasi zon pokok-pokok bonsai seperti disebuah taman bonsai.
Bukit Botak
Bukit ini agak gondol dan lapang sesuai dengan jolokan yang diberi. Pemandangan dari sini dapat dilihat puncak G. Ledang. Ada sumber air berdekatan dari alur sungai. Pokok-pokok resam juga penuh disekitarnya.
Lembah Majapahit
Lembah ini ada sumber air dari anak sungai. Pendaki boleh dapat bekalan air terakhir disini. Ada laluan alternatif ke puncak gunung tanpa melalui lembah ini.
Tugu Batu Puncak Gunung Ledang
Puncak G. Ledang
Puncak ini ditandakan dengan tugu batu. Puncak ini terdedah dengan mentari dan tiupan angin. Panorama dari puncak ini memaparkan Selat Melaka, daerah Tangkak, Puncak Telekom dan Puncak G. Rundok.
Lagenda Trail
Trail ini bermula dari Taman Hutan Lagenda, Sagil. Pejabat Utama Taman Hutan Lagenda didirikan disini bagi mengelola serta mengawal jumlah pendaki. Trail dari sini ke Sg. segitiga dinamakan lagenda trail. Perjalanan dari Taman Hutan ke Kolam Gajah kira-kira 3-4 jam terkking. Bermula dengan laluan bertangga batu dinamakan Tangga Mahligai.
Bukit Semput
Pendaki akan mendaki Bkt Semput, walaupun tidak berapa mencanak, tetapi tetap memberi cabaran pada pendaki lebih-lebih lagi pendaki baru.
Batu Orkid
Checkpoint ini dinamakan sempena sebongkah batu umpama bunga orkid. Inilah checkpoint terakhir sebelum trail ini bertembung dengan Trail Ayer Panas. Pendaki boleh juga memilih alternatif melalui Laluan Kijang ke Kolam Gajah.
Asahan Trail
Ini satu-satunya trail dari Melaka bermula dari Lubuk Kedondong, Asahan. Pos Taman Hutan Lagenda ada didirikan disini bagi pendaki ke G. Ledang melaporkan pendakian. Trek Asahan Trail tidak mencanak tetapi agak panjang berbanding trek dari Sagil.
Batu Bersurat
Kesan sejarah gunung ini masih utuh disini. Terdapat satu batu bersurat dalam tulisan jawi tidak berapa jauh dari puncak G. Ledang di Asahan Trail. Disini juga menjadi tempat berteduh dan berlindung dari mentari bagi pendaki sekiranya cuaca begitu panas di puncak.
G. Rundok
Gunung ini terletak dinegeri Melaka dan satu checkpoint di Asahan Trail. Ketinggian gunung ini sekitar 3000' jauh untuk menandingi puncak G. Ledang membuatkan nama gunung ini tidak sepopular G. Ledang.
Padang Batu
Sebuah padang diatas bongkah batu besar ini kini mempunyai sebuah pondok. Sepanjang Asahan Trail inilah tempat untuk pendaki berkhemah. AWAS berkhemah dipadang ini kerana tiupan angin boleh menerbangkan khemah. Pendaki boleh memperoleh bekalan air dan berendam di sungai berdekatan.
Hentian Hanuman
Checkpoint ini tidak ditanda dengan sebarang papan tanda. Menurut Lagenda, sang Hanuman ada berhenti disini setelah berjalan di G. Ledang. Pendaki mungkin dapat bertemu dengan monyet yang masih banyak disini. Ada beberapa checkpoint yang juga tidak mempunyai tanda yang jelas buat pendaki dari Padang Batu ke sini ialah, Batu Berlumut, Lembah Beruang dan Hentian Unggas.
Lubuk Kedondong
Kawasan rekreasi dan tempat masyarakat tempatan berkelah dihari cuti. Air sungai di jeram ini agak kering kerana diempang untuk disalurkan ke palong air. Pendaki boleh juga mandi di pintu air malah didalam palong air.
Ulu Jementah Trail
Trail ini jarang sekali dilalui. Trail ini bermula dari Kg. Ulu Jemantah dan dikatakan mengambil masa 2 hari penuh perjalanan melalui sepanjang permatang ke Puncak G. Ledang. Trail ini melalui beberapa checkpoint seperti Jeram Tinggi(CP1) dan tempat berkhemah, Air Sedap(CP2), sumber air terakhir pendaki. Airnya dari mata air dan dikatakan mempunyai rasa yang sedap. Checkpoint seterusnya ialah Puncak Jementah,CP3 (2447'), Anjung Mahligai,CP4 yang mempunyai tapak khemah dan G. Mahligai hingga ke puncak G. Ledang. G.Mahligai berdekatan puncak G. Ledang dan hanya berbongkah batu.
Telekom Tower Road
Berdekatan puncak g.Ledang ada didirikan Menara Pemancar Telekom. Jalan tar dari Empangan Tangkak ke sini dibina bagi kemudahan penyelengaraan. Pendaki boleh mengambil peluang menggunakan jalan ini. Jarak puncak G. Ledang ke menara Telekom hanya 10 minit trekking. Mudah bukan. Kebiasaannya warga tua terutama datang dengan agensi akan melalui jalan ini.